- Oleh sebab kerosakan yang sering berlakukepada transistor ialah kerosakan terbuka dan terpintas,maka ujian asa menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk menguji kerosakan tersebut.
- Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik.jika ujian terhadap kedua-dua diod positif,transistor itu berkeadaan baik.Rajah 7.8 menunjukkan cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm.
Rajah 7.8~Cara menguji transistor
- Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor.Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak di ketahui.
- Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan dan seterusnya jenisnya (samaada NPN atau PNP)sesuatu transistor menggunakan meter ohm.Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.
- Tanda kaki transistor.
- Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10.
- Uji transistor mengikut langkah seperti yang ditunjukkan dalam contoh dibawah ini :
- Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan pincang kedepan [Dalam contoh di atas , transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah 6].
- Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan dalam langkah 4.Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut.[Dalam contoh di atas kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2].
- Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut:
Transistor PNP - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter pelbagai analog.
Transistor NPN - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negatif
meter pelbagai analog.
[Dalam contoh di atas transistor adalah dari jenis PNP]
Rajah 7.9 ~ Lankah menentukan elemen tapak transistor.
- Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diot.
- Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini (dalam contoh ini elemen tapak telah dikenalpasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah 7.9) .
- Kenal pasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi.
- Dalam contoh diatas langkah yang menunjukan nilai susutan voltan tertinggi ialah keadaan 2.Oleh itu kaki 1 ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah elemen pemungut.
Rajah 7.10 ~ Langkah menentukan elemen pemancar dan pemungut transistor